22 July 2011

Diari 21 - Dibiarkan Lemah





Menghijau kembali kemaafan insan
bermandikan hari pasrah sentiasa
sepatah sepi ada menahan
melafazkan ketika diri bersyukur
perasaan memutarkan takdir diri
terjadi ketentuan bersama hati
terakhir barulah dapat tabah
kekuatan sempat sahabat pulih
dibiarkan seperti lemah jua

Dibiarkan bayangan lemah semangat
cebisan detik bersama suci
terbina waktu meredah segalanya
sekuntum memori gersang
tersurat
terpisah kita mengutip ketentuan
tersembunyi indah warna tersirat

Dibiarkan berulang lemah
pengalaman
bertemu lagi melentuk pilu
termanggu lagi ketika masih pulang
kehidupan mencampurkan rahsia
hambar..

Diari 20 - Utusan

 
-Maaf-


Itu semua kata-kata pujangga
dari bibir yang kusam
yang terus membisik shahdu
bagai pohon ditiup bayu
khabarkan pada sekian alam


-Maaf-


tidak terduga dari satu persinggahan
merubahkan segala isi alam
seluas lautan usah cuba diduga
namun terus cuba menyelami
tetapi tertewas jiwa tidak serupa

- Maaf-


Satu lilin sehening malam
tewas dipermulaan sedangkan jalan luas terbentang
baru kini sedari
bukan mudah melewati
sememang bersalah kerana tidak mengerti

-Maaf-
semua diluar kemampuan
sudah dihadap memandang cermin diri
terserlah sudah cela kedaifan
mengerti bukan lawan musuh


-susun sepuluh jari-


Jika diri mati terus menyepi
hanya perutusan doa akan melewati 
sebagai rindu dan sayang menggantikan diri..
kebahagian akan terus hakiki
jika saling memperingati walau telah mati
mungkin suata hari nanti
sembuh lah luka dan kembali ceria..

-Maaf semua-

18 July 2011

Diari 19 - Tuhan



Tuhan  
mohon khilaf sebal 
suluhan jalanan didepan hari

Tuhan
mohon khilaf yang hina 
keselamatan dan kesihatan dihari yang mendatang

Tuhan
mohon khilaf yang kerdil ini 
diampunkan dosa yang tak terhitung sejak lahir lagi

Tuhan
tangan khilaf yang kusam menadah padamu
menagih simpati buat diri yang tak layak Kau pandang ini

Tuhan 
bantulah khilaf 
permudahkan segala dugaan yang menduga diri
biarpun lemah utuskan malaikat peniup semangat diri

Tuhan
bantulah khilaf 
supaya tidak terlewat untuk dibawa bekalan disana nanti..
mohon Padamu yang hakiki
yang menjaga arash kursi
siang dan malam dan
langit dan bumi--

-sujud padamu-

Diari 18 - Pejuang Berani Mati





Kepala bagai dihentak batu 
hati bagai di sagat-sagat menjadi debu
mulut bagai dijahit -jahit dengan penuh nikmat
tertutup rapat bagaikan selamanya tidak dapat bersuara

Dia patung lilin kesayangan yang dihenyak-henyak
dia juga boneka tempat melepaskan rasa laknat 
dia juga adik-adik yang kamu sepak terajang
dia juga  ibu yang kamu caci maki

Dia juga ayah yang dianggap pengemis
dia juga anjing  berkurap dan berkudis 
dia juga pelacur yang paling disanjung tinggi diletakkan ditelapak kaki
dia juga bangsat bila ego mendatang
dia juga sial bila amarah mengunung

Semuanya kau pandang jijik
semuanya kau perlekehkan..
semuanya salah dimata

Kau bagaikan tuhan .."

Bagaikan malaikat atib dan ratib
menulis segala kebaikan dan kejahatan
bagaikan mungkar dan nangkir
melaksanakan setiap perintah hukuman''

Kerana itu dirinya di pijak dan diperlekahkah dimata hanya kerana
dia seorang pejuang !!!!

Pejuang yang bodoh kerana dia adalah pencinta yang tegar
pejuang yang tuli kerana dia adalah pencinta yang tak pernah jemu mengejar
tentang sesuatu''
Pejuang yang taksub tentang agongnya CINTA
pejuang yang berani mati  kerana dia sanggup menerima semuanya kerana sebuah nama 
yang bernama CINTA..

Sampai bila ''
dan
Jauh sekali untuk dihargai....
jauh sekali untuk merasai
dan
sampai bila--'
harus percaya
  sebuah kisah dogeng
yang menjadi realiti
yang berakhir dengan kebahagian

...............

turutkan dan tunjukan
buatnya...

-loser-

05 July 2011

Diari 17 - Dakwat Merah



Dakwat merah....
ku coretkan dibingkai dedaun biru
menjadi kan lembaran kisah berdarah
cinta si daun dedalu


Dakwat merah
menghiasi lakaran tanah yang gersang
yang tiada kunjungan air mata lagi
untuk menjanjikan kehadirannya
memberikan harapan pada si daun dedalu

Dakwat merah
titik nokhtah didada dedaun biru
tidak bergerak walau satu persoalan
tidak bergerak walau beribu pertanyaan
tidak bergerak walau berjuta teka teki
tidak bergerak halus bagai dirancang
kaku si daun dedalu disitu
tanpa siapa ketahui .....

Bicara itu tidak kedengaran
suara itu mati dipersimpangan
meluah tak mungkin dapat  membuat difahami
diam itu baik untuk dimengerti
sefahami diri...


p/s tidak mampu nak meluahkan segalanya demi menjaga hati semua pihak..diam demi sebuah kebahagaian...

04 July 2011

Diari 16 - Rindu lagi




Rindu lagi pada bulan
rindu lagi pada bintang
rindu lagi  pada awan
rindu lagi pada angin
rindu lagi pada matahari

Rindu tidak berkesudahan
rindu tidak bertepian
bukan ngomongan kosong
rindu itu jelas
wahai sekalian alam
aku seru kau...
sampaikan kepada mereka

Biar mereka tahu 
biar mereka rasai
rindu itu
sekali ia melanda seperti hujan...
membasahi bumi

Diari 15 - Merindukan semalam

Jauh merenung entah sampai kemana
melihat sekilas di air 
melihat bayang-bayang semalam
entah mengapa sendu beradu
merindukan cerita semalam

Bahagia jiwa
walau pun tidak memiliki
hanya melihat sebuah kebahagian dari mereka
cerita mereka
tawa mereka
duka mereka
walaupun bukan tuk sesiapa
walhal bahagia melaluinya

Dari kejauhan 
doa diutuskan buat sang mereka
jaga hati,
jaga diri,
disini hanya akan sentiasa memerhati
sehingga saat diam mati..

Diari 14 - Sebelum terlewat

Dijilat
diludah
sudah biasa'

diteranjang
ditelanjang
mainan suka-suka'

bodoh
tuli
sial
pelacur
siualan dibibirnya'

Mana maruah diri
Ini Kuala lumpur 
sayang...
semua tolak ketepi
Kau yg rugi..

Mana ?
maruah diri...!!!
kau bukan orang kota
kau yang lahir didesa
diasuh dengan budi bicara dan agama

Jangan terpedaya dengan janji dusta
plastik semata-mata
semuanya mainan anak-anak kota
untuk memuaskan nafsu serakah semata-mata'
simpan baik2 pesan cikgu
dengar baik2 petikan suara ibu
Pandanglah wajah ayah
sandang maruah diri itu
Hanya setitik nila rosak susu sebelanga
semuanya akan terasa..

berdiri disini
mengalas satu amanah yang sebesar gunung terpikul dibahu
menjadi harapan muka-muka tua disana
keringat siang dan malam mendokanmu
siang dan malam
demi kamu yang membawa diri dikota
tanpa sesiapa ..
hanya mahu melihat kau jadi manusia
kebanggaan orang tuamu..

mana..mana..mana dia ?
kau sudah lupa..
kah semua nya...
kau hanyut dengan wang ringgit yang tak seberapa
kau lalai dalam pelukan mereka
kau bersilih ganti bertukar pasangan
seperti kau menukar baju..
kau lalai dengan harta dunia

sayang....sayang....sayang....
kau dah jadi orang bandar sekarang
aku lupa...kau orang kl kan..

kau lupa pada amanah yang dipertanggungjawabkan
oleh muka-muka tua
yang menanti di muka pintu
menunggu sebuah harapan
segunung dilangit..

jalan masih ada terbentang luas dimata
kembalilah sebelum  terlewat
sebelum muka-muka tua menutupi matanya
dan pintu taubat masih terbuka

SELAGI ADA KEMAHUAN DISITU ADA JALAN


p/s jahanamkan diri kepada kebinasaan adalah perkara biasa bagimu ..jangan jahanamkan harapan dan impian orang tua ..maka tak selamatlah hidupmu nanti sayang....