18 July 2011

Diari 18 - Pejuang Berani Mati





Kepala bagai dihentak batu 
hati bagai di sagat-sagat menjadi debu
mulut bagai dijahit -jahit dengan penuh nikmat
tertutup rapat bagaikan selamanya tidak dapat bersuara

Dia patung lilin kesayangan yang dihenyak-henyak
dia juga boneka tempat melepaskan rasa laknat 
dia juga adik-adik yang kamu sepak terajang
dia juga  ibu yang kamu caci maki

Dia juga ayah yang dianggap pengemis
dia juga anjing  berkurap dan berkudis 
dia juga pelacur yang paling disanjung tinggi diletakkan ditelapak kaki
dia juga bangsat bila ego mendatang
dia juga sial bila amarah mengunung

Semuanya kau pandang jijik
semuanya kau perlekehkan..
semuanya salah dimata

Kau bagaikan tuhan .."

Bagaikan malaikat atib dan ratib
menulis segala kebaikan dan kejahatan
bagaikan mungkar dan nangkir
melaksanakan setiap perintah hukuman''

Kerana itu dirinya di pijak dan diperlekahkah dimata hanya kerana
dia seorang pejuang !!!!

Pejuang yang bodoh kerana dia adalah pencinta yang tegar
pejuang yang tuli kerana dia adalah pencinta yang tak pernah jemu mengejar
tentang sesuatu''
Pejuang yang taksub tentang agongnya CINTA
pejuang yang berani mati  kerana dia sanggup menerima semuanya kerana sebuah nama 
yang bernama CINTA..

Sampai bila ''
dan
Jauh sekali untuk dihargai....
jauh sekali untuk merasai
dan
sampai bila--'
harus percaya
  sebuah kisah dogeng
yang menjadi realiti
yang berakhir dengan kebahagian

...............

turutkan dan tunjukan
buatnya...

-loser-

No comments: