27 September 2011

Diari 29 - Mau Kata Apa..

Kisah dikedai kopi
eh kiah tue tak pandai jaga laki
tue sebab laki dia kawin lagi..

Tentang gadis malang/bodoh
kerana serah kesucian pada kekasih hati
last-last perut membusung
kekasih entah mana cabut lari..

Mau kata apa ya...
apa yang mau dikatakan sebenarnya
boleh aku kata
aku mau berbicara pasal ko..
yang aku rindukan ko..

Entah apa lagi nak dicaci maki disini
entah apa nak dimuntahkan
segala isi hati..

Entah apa yang berserabut dalam tin kosong ini..
wadefakkkkk....ni weiii

Apa ya ?
mau katakan rindu
ahh ! sudahla
dah tak lalu nak mengatakan
muak..muak..muak...

Mau kata apa ya..
sudah lama kau aku tunggu
duduk dibirai tirai besi
sambil menghiris hati
nanggis tak henti-henti
bodoh lah kau ini...

Mau kata apa ya..
hari-hari pandang hp mati
mana kau pergi...
sehari suntuk tunggu
naik lesu mata memandang cermin hp
pujuk hati

pergi mati lah kau
walhal weiiii rindu gila baban ni...

Mau kata apa ya...
entah...sudah mati akal
sebab tak pernah dimengertikan
sebab tak pernah ada port kot dalam hati..
sebab bukan test kau kot?
arghhh sudah la...
tak nak main tarik tali dengan ko lagi
sakittt ...

So berhenti disini
untuk mau katakan apa -apa pada dia..
lain kali cuba nasib lagi
mana tau kali ini menjadi
 
-- pernah kah aku mengalah selama ini...
tunggu....tunggu dan terus tunggu
pasti ada habuannya jugakkan..

16 September 2011

Diari 28 - Hujan Itu Menanggis

Hujan turun lagi
membasahi bumi
begitu juga diri
membasahi pipi

mungkin..
hujan itu menanggis ?
Teriak pada alam
supaya dimengerti..

Mungkin..
Diri itu menanggis ?
Kerana telah disakiti
oleh kekasih-kekasih
mati kerana cinta
telah dikhianati

hujan itu menanggis
turun lebat membasahi diri
menyambut tanpa
sekaki payung
mesrakah kita nanti..?

Aku berdiri
ditengah-tengah
pusaran bumi
bersama hujan
basah kuyup
tanpa disedari
diri menanggis
tanpa siapa ketahui
menangis lah diri
seperti hujan itu
menanggis
tanpa rasa malu..

-- rendu hati :(

Diari 27 - Ada Dosa Hari Ini

15 minit berlalu
terngiang-ngiang
setiap tutur bicara
yang terhambur
dari mulut besi
dari lidah besi
yang bisanya
boleh menghancurkan segala

Ada dosa hari ini
bukan berniat
sungguh menyesal
sungguh menyesal !
sungguh maafkan
semuanya

Difikirkan...
Semua dilakukan
hanya demi kebaikkan
mungkin ingin melihat
kau menjadi manusia
mungkin orang !

Lidah besi ini
mungkin menguris hati
mungkin berkecil hati
ada dosa hari ini
bertambah lagi
maafkan diri
kerana begini..

Bila kepercayaan
bila kesetian
bila pengorbanan
dipijak-pijak
disampah-sampahkan
ketidakwarasan akal
bagai dicucuk besi

Sukar untuk
melafazkan maaf
tapi hanya satu permintaan
mohon dimaafkan diri

* tangan tahan hati
bila ada dosa hari ini bertambah lagi

--air mata bercucuran membasahi pipi :(

15 September 2011

Diari 26 - Langit biru




Cantik !
ada langit biru..
Sejuk mata
sesalju danau hati

ingin rasa begitu
ingin rasa begini
macam langit biru
itu...

Ada awan
putih bersih
ada burung-burung
mengiringi
dan mewarni
langit biru
sumpah cantik !

Rasa itu bebas..
Sungguh
cuba pandang langit
tanpa paksa
senyum sendiri


** im free..with love :D

Diari 25 - Selamat pagi




Selamat pagi..
matahari menampakkan diri
terima kasih..
sudi menghangatkan
seisi penghuni bumi
indah nya alam
bila sinaranmu
menerangi hati-hati
yang dingin beku
dimalam dan subuh hari


selamat pagi..
Moga jalanan
kehidupan kami
hari -hari meniti
indah seperti kamu
walau terpalit
dosa-dosa semalam
walau ternoda
kekasih-kekasih mati
masih tersenyum..

selamat pagi..
Penghuni -penghuni
bumi....

14 September 2011

Diari 24 - Jahat




Alahai...
Mau ucapkan apa ya '
mau dijabat tangan..
ucapkan terima kasih..
mau ditepuk bahu
agar kau rasa bangga --

Jahat ...
Apa yang sudah dilakukan...
hingga saat ini
bermain-main
berpusing ligat
dibenak tempurung kepala
gilanya..

Jahat kah ...?
Kerana merogol jiwamu
kerana dengan rakusnya
ingin memiliki cintamu
kerana telah
membogelkan satu persatu
isi hatimu

Bila diri dihakimi
bila diri di dakwa
bila diri di pertuduhkan
tanpa saksi
tanpa bukti
menghukum
tanpa layak
bersuara,
tanpa dapat
mempertahankan
maruah diri

LOSER...

Jahat dimata
tidak mengapa
sudah biasa
jahat dizahir
diri merela
jahat dibatin
malapetaka sengsara...

Mati....
Bagai digantung
tanpa bertali
tanpa siapa ketahui
terkubur
dibilik sepi...

Jahat nya kerana..
Cuba memiliki
cinta dalam dirimu..

* ia adalah kurniaan tuhan..tiada siapa dapat menghalang kehadirannya,cinta ditakdirkan bukan miliknya -