24 July 2012

Si Orang-Orangan



Suatu ketika dulu,
tidak pernah ambil kisah tentang luka sendiri
bertolak ansur sebuah ikatan tolenrasi
tidak mengapa diperlakukan kepada kisah perasaan
mengalah kerana sebuah nama CINTA

kini sampai satu ketika,
jelik, hati kian bernanah membusuk
mungkin hitam sudah warnanya
kerana setiap semua kisah
dia pulun sorang-sorang'
dia hadap sorang-sorang'
dia simpan dalam cermin hiasan
moga kalian-kalian semua tidak tertipu dengan sandiwaranya
yang dia ok !
katanya...

walhal"
dalam karung hati penuh pokok kaktus yang berduri
sedihhhhhh....;

Hanya kerana  "MENUMPANG "
membuat sebuah rasa ASA itu mati
ya ,
sudah tiada nilai sebuah hati
wujud bagai si orang-orangan --
kaku,
muka comot,
berbaju compang-camping
berpanas,berhujan
siang dan malam bersilih ganti
tapi gigih berbuat bakti...

 

No comments: