Hati sedih
Sayu mungkin
Hendak menanggis pun tak berguna lagi
Kerana perkara sudah berlaku
Pertama sekali ingin kulihat
adalah wajah ibu dan ayahku
manisnya panggilan buat orang tua ku
-mungkin umi
-mungkin umi
-mungkin waliq
-mungkin mama
-mungkin baba
yang akan ku panggil nanti
Aku ingin melihat wajah ibuku
yang telah 9 purnama aku bersamanya
mengendong aku kesana kemari
Aku ingin melihat dunia..
setelah 9 bulan aku didalam jasadnya
yang gelap gelita
Tapi aku bahagia bila disana
seperti syurga..
aku sedih
aku menangis
aku tak berdaya
kau tak pedulikan aku ibu..!
kau tak pandang wajah aku pun ibu
kau tak peluk cium aku pun ibu
dan tiada laungan azan ditelinga aku..kedengaran
ALLAHHUAKBAR..
ALLAHHUAKBAR...
mana ?
mana ?
dia ayah...
oh-
aku menangis
semoga kau berbelas kasihan dengan aku
aku menangis
semoga kau melihat aku dengan kasih sayang
aku menangis semahu aku
semoga kau tak campakkan aku kebawah
tak campak aku di sungai
-di longkangan
-di longgokkan sampah
-di atas jalan...
-bukan untuk digigit anjing
-bukan untuk dihurung semut
-bukan dibuat santapan si gagak
oh.......ibu
-bukan untuk digigit anjing
-bukan untuk dihurung semut
-bukan dibuat santapan si gagak
oh.......ibu
aku bukan sampah ibu
aku anakmu
anakmu...
aku takut ibu !
aku takut..
mengigil tubuh kecilku
Oh tuhan !
dengarkan...aku
adakah ini perjanjian antara aku dan KAU yang maha esa
Boleh kah aku undur balik setiap kata sumpah aku kepada Kau Ya allah
undurkan ya allah..
Kini
tak bersuara lagi
tak terdengar pun tangisan pekik tadi
Ibuku
ANGKARA "BINATANG"
Itu ibuku...
binatang itu ibuku...!
binatang itu ibuku...!
kini tubuhku diatas jalan
berendam dengan darah merah
ditemani 'uri'yg menjadi teman sepermainan
sewaktu dulu..
kaku
biru
senyap
sepi
gelap
wajah ibu tak kelihatan lagi...
Ampun kan aku ibu
ya allah ampun kan dosa ibuku
aku pergi dulu...
ibu....
*tersentuh hati bila membaca harian metro hari ini...ANGKARA BINATANG ITU IBUKU...
*tersentuh hati bila membaca harian metro hari ini...ANGKARA BINATANG ITU IBUKU...
1 comment:
Sedihnye .. :(
Post a Comment