Jari ini...
Menceritakan 1001 kisah suka duka
lolongan suara yang tak pernah kedengaran
iaitu dari suara hati..
Jari ini...
Menceritakan betapa goyahnya hati manusia
membabi buta membuat sesuatu keputusan
maka hancurnya iman didada...
Jari ini...
adalah akal kepada setiap perbuatan yang tak pernah dikesali
Jari ini...
adalah nafsu serakah yang bertali arus mengikut setiap telunjuk kata hati
Jari ini...
Adalah minda kepada setiap kemusnahan bagaikan dicucuk besi-besi tajam
Oh "..
Jari ini
Jari ini
Jari ini
Jangan sayang
Jangan sekali lupa diri..
Jari ini
Meminta
Agar apa yang ditaip satu-satu
Apa yang disampaikan ini
Menjadi suluhan jalanan..
Bukan makian
Bukan sumpahan suara-suara longkangan
Jari ini mahukan ia"
Jika salah
Tuntunlah ia
Jika jatuh
Bangunkan lah ia
Jika luka
Balutkan lah ia
Jika sunyi
Hiburkan lah ia
Jika alpa
Ingatilah ia
*kerana dia adalah aku,kau,dan dia..satu hati,satu jasad, satu nyawa ...
Hanya kerana jari itu tak sanggup binasa
Maka tiada titik hitam
Maka tiada tanda seru
Maka tiada tanda soalan
Teruskan tanpa..
noktah !
No comments:
Post a Comment