31 May 2011

Diari 11 - Jangan Pernah Berhenti

Jauh bukan melupakan
Hilang tak bermakna meninggalkan
Diam tak bermakna tidak suka
Benci tak bermakna bermusuh
Marah itu tanda sayang...

Cukup buat di mengerti
Cukup buat  di fahami
Cukup buat diri tidak menggila..

Semua yang dirancang 
tidak semua nya akan menjadi

*peringatan buat diri ..

tidak perlu ketawa
tidak perlu mendabik dada
kerana ia baru bermula..

Hati manusia seperti bawang
Hanya dengan satu sentuhan
Kupasan demi kupasan
Ia mampu mengalirkan air mata..
Rapuh nya hati..
Tidak perlu 
Diracik-racik, ditumbuk-tumbuk
Atau dicincang-cincang sampai lumat
Untuk membuat hati menangis

Mengerti apa maunya hati
Jangan sesekali tangisi 
Seperti menghadap orang mati
Meraung ,meratapi seperti akal sudah mati

Suara kecil 
Berteriak...

Jangan pernah berhenti..."
Jangan pernah berhenti..."
Dan jangan pernah berhenti..."

*tanpa disedari terasa hangat dipipi..

Jalani lah hidup seperti sediakala
Terus melihat kedepan
Satu kehilangan tidak bermakna
seperti mati akan menjemputmu
Seperti malaikat maut menghampirimu..
Tidak perlu disesali..
Masih berpeluang perbaiki diri

Carilah dan terus berlari
Singgah la ke destinasi seterusnya
Jika hati menginginkan ia..
Jadi berhenti !
Disitu pasti tercipta kehidupan 
Buat harga diri...

No comments: