15 June 2012

Beranikan Diri



Buka mata untuk sekian kali,
bingkas bangun menuju jendela
matahari tidak kelihatan lagi
cuma kelihatan sebutir bintang menemani bulan,
kilauan cahaya menerangi bulan walau hanya kau sebutir bintang

Itu yang dicari kini
walau hanya hati ini kecil dulu ia mati ,
kini ia Beranikan Diri untuk memberikan kebahagaian buat empunya diri sendiri

Kini gah beranikan diri untuk terima sesuatu yang belum pasti didepannya
sudah lama menyepi dibilik gelap malah sepi
yang telah dikurung dalam peti besi
malah telah dicampakkan kedasar yg paling dalam

AKU BERANIKAN DIRI UNTUK KALI INI.."

cuba memberi kehidupan buat kamu hati
ingin buat kamu tersenyum kembali
riang seperti zaman anak-anak kecil dulu
tidak pernah runsing dan tak pernah ambil pusing setiap hal hati,

akan menghiasi dunia kehidupan buat kamu hati,
selamat tinggal hati yang sepi,
walaupun bukan untuk mencari cinta sejati duniawi
yang dikejar kini yang kekal disana nanti
insallah pasti..moga diberi jalan yang lurus..

beranikan diri untuk melangkah walau terpaksa bertatih-tatih semula
dan bila tiba masa kekuda jati kian kental aku akan terus berlari 
dan tak mungkin toleh kebelakang lagi

selamat tinggal hati  yang sepi
doakan semoga sampai kedestinasi..
dan akan kusisip kamu sebagai kekuatan diri..
tak mungkin akan dibuang kerana hati ini telah menemani suka dan duka kisahnya hati.

* berhijrah mencari sinar untuk kebahagian diri sendiri -nawaitu


No comments: