31 May 2011

Diari 12 - Jari

Jari ini...
Menceritakan 1001 kisah suka duka
lolongan suara yang tak pernah kedengaran
iaitu dari suara hati..

Jari ini...
Menceritakan betapa goyahnya hati manusia
membabi buta membuat sesuatu keputusan
maka hancurnya iman didada...

Jari ini...
adalah akal kepada setiap perbuatan yang tak pernah dikesali

Jari ini...
adalah nafsu serakah yang bertali arus mengikut setiap telunjuk kata hati

Jari ini...
Adalah minda kepada setiap kemusnahan bagaikan dicucuk besi-besi tajam

Oh "..
Jari ini
Jari ini
Jari ini
Jangan sayang
Jangan sekali lupa diri..

Jari ini 
Meminta
Agar apa yang ditaip satu-satu
Apa yang disampaikan ini
Menjadi suluhan jalanan..
Bukan makian
Bukan sumpahan suara-suara longkangan

Jari ini mahukan ia"
Jika salah
Tuntunlah ia
Jika jatuh
Bangunkan lah ia
Jika luka
Balutkan lah ia
Jika sunyi
Hiburkan lah ia
Jika alpa
Ingatilah ia
 
*kerana dia adalah aku,kau,dan dia..satu hati,satu jasad, satu nyawa ...
 
Hanya kerana jari itu tak sanggup binasa
Maka tiada titik hitam
Maka tiada tanda seru
Maka tiada tanda soalan
Teruskan tanpa..

noktah !

Diari 11 - Jangan Pernah Berhenti

Jauh bukan melupakan
Hilang tak bermakna meninggalkan
Diam tak bermakna tidak suka
Benci tak bermakna bermusuh
Marah itu tanda sayang...

Cukup buat di mengerti
Cukup buat  di fahami
Cukup buat diri tidak menggila..

Semua yang dirancang 
tidak semua nya akan menjadi

*peringatan buat diri ..

tidak perlu ketawa
tidak perlu mendabik dada
kerana ia baru bermula..

Hati manusia seperti bawang
Hanya dengan satu sentuhan
Kupasan demi kupasan
Ia mampu mengalirkan air mata..
Rapuh nya hati..
Tidak perlu 
Diracik-racik, ditumbuk-tumbuk
Atau dicincang-cincang sampai lumat
Untuk membuat hati menangis

Mengerti apa maunya hati
Jangan sesekali tangisi 
Seperti menghadap orang mati
Meraung ,meratapi seperti akal sudah mati

Suara kecil 
Berteriak...

Jangan pernah berhenti..."
Jangan pernah berhenti..."
Dan jangan pernah berhenti..."

*tanpa disedari terasa hangat dipipi..

Jalani lah hidup seperti sediakala
Terus melihat kedepan
Satu kehilangan tidak bermakna
seperti mati akan menjemputmu
Seperti malaikat maut menghampirimu..
Tidak perlu disesali..
Masih berpeluang perbaiki diri

Carilah dan terus berlari
Singgah la ke destinasi seterusnya
Jika hati menginginkan ia..
Jadi berhenti !
Disitu pasti tercipta kehidupan 
Buat harga diri...

24 May 2011

Diari - 14 Jangan Bersedih

Duhai hatiku
kerana jiwaku masih ada untukmu
jangan bersedih
duhai cintaku
kerana asaku masih bersamamu

Janganlah kau bersedih hati.. jika
kau disakiti..
dicerca..
dihina..
di perbodohkan..
diperlekehkan.."
dan tak dihargai

Kerana masih ada yang dekat padamu
yang tak pernah jemu
Maha melindungimu..
Maha mengasihimu..
Maha menyanyangimu..
dan Maha pengampun..
dan sentiasa membuka pintu HATINYA untukmu
la "tafzan"...jangan bersedih
kerana allah sentiasa bersamamu duhai hati
bangunlah dari kehinaan
dari kejelikkan dirimu
demi meneruskan langkah kehidupan
demi diri mu sendiri

tawamu sendiri
tangismu sendiri
biar..biar..biarlah begini
kerana tak sanggup dihina lagi..
tak ingin mengemis cinta dan pengorbanan..darimu
Kupujuk hati ini..
Kurayu hati ini
Supaya janganlah bersedih..
dengan apa yang hati ini lalui..
Kerana semua ini adalah dugaan darinya...

p/s hatiku milikmu tuhan

Diari 6 - Cermin Hatiku

Remuk berdarah hatiku
melihat kau cermin hatiku
jasad ku beratapkan langit bertiangkan bumi
Rohaniku berada dipusaran bumi

Kotak hati ku tak lena lagi
Mengenangkan dia sicinta mati
Apa lagi yang ada pada cermin hatiku

Sudah ku campak kau jauh-jauh 
Ke pelusok dunia paling sepi
Supaya kau tidak aku jejaki

Dan harus dingat..!!
Aku bukan boneka
Permainan bagi kamu..


Aku mampu

 Hidup dan berlari tanpa cermin hatiku
Tanpa menoleh kebelakang..
Ingin menuju kehadapan
Walaupun akan tersungkur layu

Dan kau
Cermin hatiku !!!


***Aku tersenyum ...


Kerana kesungguhan aku melupakanmu

P/s jaga diri kamu..itu pesanku...

23 May 2011

Diari 10 - Bangunlah

bisakan..
 bagaimana ?

Jatuh rebah mencium bumi
bangunlah
bangunlah 
bangunlah
kembali..

Tersungkur lagi ?
bangun lah..
masih berdayakan lagi ?
percaya jalan didepan setia menanti

kau tak sendiri
gah kan diri
bangunlah
bangunlah
bangunlah
berdiri...

terperonyok muka menyembam kebumi
buat kali ini
nafas berhenti
mata terkatup rapi
bibir tiada senyum lagi
jasad menyejuk sepi

Jasad tidak bangun lagi
berbaring beralaskan akar bumi
sunyi malam hari
bintang tak kelihatan lagi
bulan seakan merajuk hati
angin tak bertiup sepoi2 lagi
embun menitip dijasad sepi

kau dah mengaku kalah?
janganlah 
janganlah
janganlah
begini..

cuba menjadi gagah kembali
jangan dipaksa untuk menangis

kejam
zalim
menyerah begini
simpan kekuatan diri
pekak kan telinga dengan longkagan kata mereka
apa dikisah dengan cakap2 mereka
bukan !
bukan !
dan harus diingat
bukan .....!
mereka yang memberi sesuap nasi
yang membesarkan kau
yang menyusui kau..
kasih sayang jauh sekali..

bangunlah
kerana aku perempuan gila
menyeru semangat kau
kerana aku adalah kau...
darah yang mengalir dalam tubuhmu
kita kongsi bersama..

bangunlah
sayang..
bangunlah
bangunlah 
kau

aku seru....! !

semangatku
jiwaku
yang satu...


20 May 2011

Diari 8 - Duhai Rintihan Jiwa Mati

Duhai hati
Duhai jiwa
Kini relung hati ingin berbicara
Ingin dilaungkan
Sejuta kata sejuta rasa
Semesta alam menjadi saksi
Dengarkan
Rintihan jiwa mati..

Duhai angin
Duhai ombak
Aku ingin bercerita
Segala luahan rasa
Terpendam dan ternoda

Duhai bulan
Duhai bintang
Jangan kau hilang dipandangan
Kau lah segala tempat
Mengadu suka dan duka

Duhai awan
Duhai mentari
padamu ku lukiskan
Wajah kekasih
Agar bisa ditatap
Bila rindu dan kasih bertamu

Duhai semesta alam mengertikan dikau
Sesungguh hati akan bertambah tenang
Bila rasa ini tidak pernah dibuang
Senang untuk berbicara
Senang untuk di-mengertikan

Dan aku bukan manusia sempurna
Dalam menempuh kehidupan hari-hari
Agar kesedihan tidak kelihatan dibibir wajah lesi
Biar hanya diri mengerti..

Diari 7 -Bila Kewarasan Menghampiri

Detik waktu dan suratan
Siapa yang tahu ? ?
Mencari cahayanya dalam bayang kegelapan 
Mungkin ? ?
Dalam kehancuran

Bila kewarasan menghampiri

Akal
Hati
Nafsu

Bagaikan dirasuk syaitan dan iblis ! ! !

Bila jalan sudah dibentangkan
Satu jasad berdiri kaku
Bagaikan termanggu-manggu ingin membuat pilihan...

Jalan mana harus dituju ? ?
Barat kah ?
Selatan kah ?
Timur kah ?
Atau  
Utara ?

Dan bila kewarasan memimpin diri 
Hanya jalan yang satu
Pandangan yang kabur
Kecil mata melihat nya
Sayup-sayup mata memastikan jalanan itu
Oh jahilnya diri
Atau aku sudah dibuang jauh...

Ohhhh....mungkin tersesat nanti kan ?
Wahai tuhan yang Esa
Kirimkan Malaikat yang mengiringi jalanan ku 
Buka lah minda kewarasan ku
Jangan aku tersesat lagi
Bantu khilaf ini ya....

Aku mahu
Aku ingin

10 May 2011

Diari 5 - Dengarkan Bicaraku

"Dibunuh perasaan ini
Bila tiada yang mengerti
Maka luka berdarah seribu penyeksaan
Digemggam lumat setiap kesakitan itu
Biar menjadi abu..
Mengertikah kau siang dan malamku ?
Apa mau ku
Dan apa kata hatiku...
Salah kah aku ?

Dengarkan bicaraku.....

Hanya baik baik saja 
Itu mau ku..

Mengeluh dibirai langit...
Moga mengerti apa bisikan ku

Diari 4 - Gila Itu Seni

Mereka hidup dalam dunia persepsinya sendiri
Punya  versi kebenaran sendiri
Yang menurut orang waras tidak sesuai dengan realiti

Orang gila adalah orang bahagia ???
Bahagialah sangattttttttt....damm ha ha
Jangan disoal hati
Melingkop nanti....

Hidup  diantara manusia yang mengaku waras
mereka menghakimi aku dengan sebutan gila..

-Gila kentang '
-Gila angau '
-Gila betik '
-Gila budak Yang terbalik ....itu gila asyikkk ..mak suka nok
 
 ha ha ha

Nasib baik aku tak mengila
Atau punyai penyakit anjing gila ?
Awas jika aku begitu
Wad tanjung rambutan lah rumah baru ku yang sekian lama
di dambakan...
Bukan lagi bilik sepi....

Padahal mereka tak sedar mereka lebih gila
mereka bilang aku gila seperti tak berpakaian
Berbogel jalan-jalan di kota raya..
cilaka lol...
Sumpah laknat !!
Apakah maksudnya nih..
masuk air aku dibuatnya....

Hei... kamu yang melakukan nya sama gila dengan ku
Tak pernah sadar kamu sama gilanya seperti aku
jadi kita adalah sama..
Punyai kewarasan dalam gila

Aku hanya lah khayalan jiwa
Aku hanya manusia yang sentiasa mencari jalan
Tiada sesiapa mengelilingi
Tiada siapa temani..
Mengejari bayangan sendiri..
Hanya bayang singgah memberi harga diri..

Gila itu berseni....
Lepas sudah...telanjang
Senyum..mengaburi mata sekeliling
Akal dan hati
Semua tertinggal
Hidup dalam diri...

08 May 2011

Diari 3 - Coretan Buku 555 Si Gila

" Tersenyum dia si orang gila

 Melihat coretan buku 555 sebentar tadi, 

Akalnya mati "

Parah sambil menyedut asap mati

Mata merah stim sendiri ...

Orang gila ini hilangkan kesedihan ditusuk hati

Apa sudah jadi ?

 Alamak !!

Takkan layan sepi sebegini

Rosak ...rosak...rosak

Makin dipujuk hati makin menjadi-jadi..

Hanya Kerana dugaan hati

Datangnya dari yang maha esa

Hanya untuk menguji

Si bangkai yang bernyawa ini

Tapi aku suka begini....

Jalannya yang dipilih adalah kemusnahan

Maka neraka jahanam yang tersedia rapi

Arghh !!!!!! Sedihkan...

Pesanan dari SIMOTIVASI

 Sendiri cari pasal 
 
Sendiri cari nahas

Ko tanggung la sendiri

Alahai ....Kejam tol dia ni...

Diari 2 - Aku Bebas

" Hujan renyai membasahi kotak hati

Bukan aku menanggis ?

Tapi jeritan batin aku bernyanyi

Apakah natijahnya kini..

Suara garau tidak kendengaran lagi

Hanya pekikan suara yang mengusai kotak hati

Tak bisa menjerit sepuas hati

Demi menjaga air muka sendiri..

Dalam kegelapan malam

Hanya ditemani bilik sepi..

Ditemani pelali yang setia disisi

Dan yang sedia memahami

Wah....hebatnya perasaan ini !!

Sendiri diawangan seperti dunia ini aku yang takluki

Dalam sayup-sayup subuh dingin malam  

Sendiri  tertidur lagi..

dalam benak hati--

Aku bebas"

Mati !

07 May 2011

Diari 1 -Bila Syaiton Mengatasi Kesabaran

      "Dirasuk amuk kegelisahan ...  
 terjerit pekit kegilaan meniti kegelapan
dan ruang hati yang kekosongan
terasa hati nak mengarut dan mencarut aishh...
celaka !!

Malam ini
entah dimana kesabaran
yang telah disemai dari kecil
yang diasuh agama yang cukup sempurna
berdosa pada ibu !
prinsip yang diamanahkan buat diri
terperonyok ditepi

Malu pada ibu,
malu pada tuhan..
masih tak sedar diri
salahkan jasad yang bernyawa ini

Aku ada akal
tapi aku dungu..
guna lutut yang tak berfungsi
ah !!!! jahil sekali

Cepatla sedar diri..
masih ada jalan didepan hari
jawapannya bukan mati tapi harga diri ..."

06 May 2011

Nota Buat Ibu " Selamat Hari Ibu

HAPPY MOTHER'S DAY I LOVE U IBU *nanggis kenang laku diri sendiri

"Buat manusia yang masih diuntung diberi Tuhan peluang.Usah sisihkan hadirnya perempuan indah yang darjatnya selepas jitu.Cinta seorang insan selepas Tuhan.hargai perempuan suci ini seagung boleh.Moga tidak sesal dikemudian masa..!

****

"Ibu tak pandai muka buku,ibu juga tak pandai nak berblog seperti aku, jadi aku luahkan disini kerana aku takut untuk meluahkan didepan ibu..Keji sungguh aku sebagai anakmu ! aku mohon maafkan aku kerana hidupku banyak menyusahkanmu,juga tak mampu membalas semua jasa2mu atas membesarkanku..aku anak DERHAKA..!aku mohon ..padamu berkat doa siang dan malammu selalu mengiringiku kehidupanku..doamu itulah melindungi aku dari kemurkaan allah..

****

Ibu Ingin ku katakan disini aku amat menyanyangimu dan berterima kasih kerana telah membesarkan aku dengan kasih dan sayangmu..Sesungguh nya aku egois ingin meluahkan dihadapanmu...Maafkan aku..SELAMAT HARI IBU AKU DOAKAN IBU PANJANG UMUR DAN MURAH REZEKI dan aku mohon pada ilahi jangan kau ambil nyawanya...kerana aku masih memerlukannya disisi untuk menemani aku dan doamu...

****

**Ayat ini aku copy  dari NOTA BUAT IBU Sempena Hari Ibu nanti...Nota ini akan kuselit kan dibawah bantal seperti tahun2 yang lalu...* Berdebar-debar jantung ku

Sekian ,
Aku Budak pecah-

04 May 2011

Itu Wa Punya La !!!!!


Sejenak bersama perasaan yang membengkak...

Berbulu mata melihat ngenyah si gadis gedik mengada-ngada

Sudah la bergesel-gesel sama wa punya kabel

Wa jaga baik punya... wa punya kabel

Weiii gadis gedik u main-main jauh-jauh la...

kasi cari lain ok !!.....

ITU WA PUNYA LA !!!!

Hangin satu badan bila kau disinun...

Meluat...

Menyampah..

Berkuap-kuap..

Rasa nak memaki hamun si gedik..

Alahai....kabel wa pun satu ... manyak syok layan si gedik..

Ahhhhhh....ko pun sama 2 x 5 sepuluh

Mau jer aku ikat dan campak dalam gaung

Ko bley ? aku tak bley wat mcm tu pun..

Nanti wa punya kabel cabut lari

Mana nak dicarik lagi....

Hanya melepaskan batuk ditangga...

Cuma..

Ada mata pandang

Ada telinga dengar

Ada mulut tutup dan diam

(please keep quite...)

Dan..

Duduk diam2 di sinun

Sambil jeling-jeling pandang

Sambil mulut pekong terkunci seribu..



**Asal la jadi begini...

Suara Hati Mati...


Suara : Kenapa ni hati ?

Hati : Tiada apa-apa lah * suara' mood sedih

Suara : Ala cerita la kat aku hati..

Hati : * Diam membisu--

Suara : Hati..kau disakiti lagi ke tuk sekian kalinya..

Hati : Suara aku dah biasa begini..

Suara : Kenapa cinta jahat sama hati ?

Hati : Tak pe laa suara..dah nasib hati begini..

Suara : Tabahkan jiwamu ya hati..

Hati : Ya..!! * sambil memandang sepi--

Suara : Kenapa hati masih menunggu lagi ? cinta sering menyakiti ,mencaci,meninggal pergi,cinta tak sayangkan hati  lagi..

Hati : Suara ? ..hati cintakan dia tanpa balasan..

Suara : * pujuk hati ' tak sanggup melihat hati begini..

Hati : Biarkan cinta buat hati begini..

Saura : Sampai bila ?

Hati : Selagi nyawa dikandung badan--

Suara : * Termenung sendiri "

Hati : Hati senang begini..

Suara : Penantian yang tiada nilai harga diri..

Hati : Asalkan cinta bahagia ? 

Suara : Suara " sayangkan hati..

Hati : Suara' adalah nyawa hati

Suara : * diam

Hati : * Menanggis--

Suara : suara akan sentiasa menemani hati..

Hati : Ya hati tau..

Suara : Aku adalah cermin bagimu hati '

Hati : Ya dan aku adalah nadi bagimu suara'

Suara : Ya ..suara sentiasa memujuk hati ..

Hati : * tersenyum kembali--

Suara : Hati percayakan suara ?

Hati : Ya !!

Suara : Kalau hati gembira ..suara pun turut gembira..

Hati : Jom pergi..

Suara : Pergi mana ?

Hati : Mengadu pada maha pencipta..

Suara : Suara ' ikut sekali..moga tuhan makbulkan segala rintihan SUARA HATI MATI ini--


P/s Ajaklah hatimu berbicara jangan biarkan ia diam dan mati seperti aku..