07 April 2011

Gadis Ghairah



Dia perlu seorang teman yang mudah
Seperti touch n go
Dia berani lakukan--

Dia pinjamkan telinga
Untuk mendengar
Dia pinjamkan mata
Untuk melihat
Dia pinjamkan bibir
Untuk merasa...

Dia menghadiahkan kasut tumit yang tinggi
Tanpa engkau  tahu...

Dia inginkan habuan...
Tapi dia tidak dapat melihatmu
Setiap malam
Bukan secara percuma..

Engkau buat dia kekeringan
Engkau buat dia tak keruan--

Dia berdiri dibaris hadapan
Ingin mencuba nasib lagi
Mengharap diluangkan waktu
Dia memilih satu angka
Dan dia membuat temu janji

Dia perlukan seorang teman
Agar engkau belai telinganya dengan manja
Agar mata engkau meratah setiap seperincian yang ada ditubuhnya......
Agar engkau gomol bibir mulusnya sesedap rasa;

Dia gadis ghairah yang kedahagaan
Dia gadis ghairah yang ketandusan
Dia gadis ghairah yang tersesat hala tujuan--

Dia perlukan seorang teman
Dia ingin lakukan...

Bila tersadar dari ilusi
Dia termanggu lagi
Lalu bangun dan berlalu pergi......


**wow!!! jangan selalu suka berimaginasi kang masuk air..ngeeee

4 comments:

Dreamer said...

Tett! ayt last tak tahan... Mcm tau2 je kan... ;p

Aku budak poyos said...

hahaha...dalam maksud nih...

EDL said...

dan aku hampir.

Aku budak poyos said...

menuju hala tuju itu...dan aku makin hampir..